mr.crab

Catching Fire

Rabu, 07 Januari 2015

Pengaruh Budaya Terhadap Akhlak Remaja Masa Sekarang


MAKALAH
AKHLAK
(Pengaruh Budaya Terhadap Akhlak Remaja Masa Sekarang)
Kelompok II
1.    Andi Ansyah      :14521014
2.    Juandah               :14521016
3.    Julianto               :14521015
4.    Tanjul W             :
Dosen Pengampu
Nelson S.Ag, M.Pd. I

PRODI :  KPI (1A)
SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM NEGERI CURUP
(STAIN CURUP)
2014/2015
Faktor-faktor Keruntuhan Akhlak dalam Kalangan Remaja pada Masa Kini
Pada zaman yang serba canggih ini, pelbagai teknologi telah dibangunkan untuk kegunaan orang ramai namun penggunaan yang begitu canggih ini tanpa sempadan telah juga memberikan impak yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Para remaja kini terlalu mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap  " up to date" dan berasa malu sekiranya tidak mengikutinya.

Mudah terpengaruh dengan persekitaran sekeliling yang dianggap baru dan sentiasa yang ingin mencuba. Hal ini berlaku apabila mereka mudah menerima ajakan rakan untuk melakukan perbuatan negatif. Hal ini disebabkan mereka masih tidak pandai membezakan perkara baik dan buruk.bagi mereka hanya keseronakan yang mereka fikirkan tanpa memikirkan impak yang bakal meraka hadapi pada masa akan datang. Ada juga sesegelintir mereka sudah hilang jati diri sebenar hanya semata-mata terlalu taksud dengan pengaruh budaya kuning.

Selain itu, hal ini turut berlaku disebabkan oleh keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang melanda ke atas diri seseorang remaja. Individu ini berasa tertekan dengan persekitaran keluarga yang kucar-kacir dan tidak terurus. oleh itu,mereka menikmati keseronakkan diluar untuk melepaskan stres yang dihadapi. Namun begitu, keseronakkan yang mereka nikmati hanyalah sementara kerana kesoronokan yang pilih adalah jalan yang salah dan terpesong. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat iaitu terlibat dalam aktiviti penagihan  dadah dan minuman alkohol serta terlibat di dalam aktiviti jenayah. Mereka tidak beresa gentar kerana ibu bapa mereka tidak mempedulikan perihal mereka dalam aktiviti seharian. Mereka bebas untuk melakukan apa-apa sahaja untuk memuaska hati mereka tanpa ada sesiapapun yang menghalang mereka.

Tambahan pula, didikan agama dan nilai-nilai murni tidak terapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini.  Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggakan mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapatkan didikan agama yang secukup  oleh ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan .Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara yang negatif itu tanpa berfikir panjang.
Faktor media massa juga telah merosakkan akidah para remaja pada masa kini semakin berlarutan. Media massa telah menyebabkan para remaja mudah terdedah dengan pengaruh budaya kuning termasuklah mengenakan pakaian yang tidak sewajarnya, personaliti yang lebih kepada kebaratan dan lebih mengagun-agungan dunia barat. Hal ini menyebabkan para remaja pada hari ini semakin lupa akan jati diri mereka yang penuh dengan sifat sopan santun dan tatatertib.Hal ini contohnya mereka semakin tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Perkara yang lebih memalukan apabila mereka tidak berasa segan dan silu untulk melakukan adegan yang memalukan di khalayak ramai tanpa ada sedikit pun rasa malu kepada umum.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak ,mudah terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaian masalah yang dihadapi untuk menggelakkan perkara ini daripada terterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa .mereka inilah yang kan memimpin negara pada suatu hari nanti kelak.

1.0 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
Isu keruntuhan akhlak bukan lagi suatu yang asing untuk diperkatakan. Ia menular di segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda, beragama Islam atau bukan Islam, lelaki atau perempuan, yang pasti ianya akan menjadi satu bencana yang amat dahsyat jika tidak dibendung dengan segera.
Di antara gejala keruntuhan akhlak tersebut ialah perbuatan maksiat seperti khalwat, zina dan sumbang mahram, minum arak, penggunaan pil khayal, judi, pembuangan bayi, mat rempit dan penagihan dadah yang seperti tiada kesudahannya. Gejala keruntuhan akhlak ini akan dibincangkan  dengan lebih lanjut di dalam ulasan yang seterusnya.


1.1 Seks Bebas
Hubungan seks yang melibatkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina tergolong di dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama. Malah, islam memandang berat terhadap kesalahan zina kerana ianya bukan sahaja boleh mendatangkan mudarat kepada pelakunya malah kepada masyarakat. Selain perkataan seks bebas, sumbang mahram, zina dan liwat, semuanya membawa maksud hubungan seksual yg ditegah oleh hukum syarak. 
Pakar psikologi dan sosiologi berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia berpunca daripada perlakuan seks bebas tanpa ikatan yang sah. Islam sendiri melarang keras zina mahupun seks bebas berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Islam, takutilah zina, maka padanya ada 6 perkara buruk, 3 di dunia dan 3 di akhirat. Adapun yang di dunia adalah: Hilang seri pada wajah, pendek umur dan sentiasa miskin... Adapun di akhirat, mendapat kemurkaan Allah SWT, buruk perkiraan di padang Mahsyar dan mendapat azab neraka"
Kita tidak boleh membenarkan masalah ini terus berleluasa. Semakin ramai pasangan berani melakukn aksi yang terlampau malah menjijikkan di kawasan umum. Mereka sudah berani bercumbu di taman-taman, di dalam kenderaan awam, di pawagam malah di mana-mana sahaja yang mereka kehendaki tanpa perasaan segan dan silu. Muda mudi kini juga semakin bebas bergaul tanpa menghiraukan teguran dan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk ibu dan bapa mereka sendiri.

1.2 Pembuangan Bayi
Fenomena pembuangan bayi yang melanda menjadi semakin membimbangkan. Isu ini seolah-olah sudah menjadi trend atau ikutan di kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja. Acap kali isu ini kita lihat dan terpampang di dada-dada akhbar, dihebahkan di corong-corong radio dan disiarkan di kaca televisyen.
Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara ini. Sejak  zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta kanak-kanak perempuan  atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau masih belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi pada masa kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Perasaan malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi jalan pintas untuk menutup segala keaiban yang telah dilakukan. Kini, gejala pembuangan bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata-rata tempat.

1.3 Rasuah
Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat pada masa kini. Ia dilihat sebagai masalah keruntuhan akhlak yang semakin hari semakin parah. Setiap hari ada sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini.
Perkataan ‘rasuah’ berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘I-risywah’. Di dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam Al-Quran sendiri telah mendefinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan dilaknat.
Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang diberikan kepadanya akan disalahgunakan untuk kebaikan dirinya sendiri. Mereka juga akan lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan bagi mengelak daripada perbuatannya diketahui umum.
Dari segi undang-undang di Malaysia, segala perkataan yang membawa maksud kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu perkara. Masalah rasuah pada masa kini sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak kes-kes yang dilaporkan membabitkan rasuah. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera boleh mendatangkan mudarat kepada bangsa dan negara.

1.4 Penagihan Dadah
Ancaman penagihan dadah masih kekal sebagai musuh utama pada masa kini. Gejala penagihan dadah ini adalah antara gejala sosial yang semakin berleluasa dan melibatkan ramai pihak terutamanya golongan remaja.
Dadah dapat diistilahkan sebagai sejenis bahan yang mendatangkan  kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani (mental), jasmani (fizikal) dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila menggunakannya. Antara jenis dadah yang dikenalpasti ialah  heroin, morfin, ganja, kokain, kanabis dan sebagainya.

1.5 Bunuh Diri
Bunuh diri secara umumnya merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang untuk melakukan sesuatu yang boleh menamatkan riwayat hidupnya. Antaranya termasuklah perbuatan menikam diri sendiri dengan senjata tajam, menembak diri sendiri menggunakan senjata api, menggantung diri, meminum racun, terjun dari tempat yang tinggi dan sebagainya. Mereka yang bertindak membunuh diri lazimnya berasa hidup mereka tidak berguna lagi sebaliknya lebih mendatangkan penderitaan. Terdapat juga orang yang bertindak sedemikian merasa disisihkan, sunyi dan tidak dipedulikan, serta berasa kecewa dan dirundung masalah kemurungan. 
Sesungguhnya Allah SWT melarang manusia berbunuh-bunuhan sesama sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Ini menunjukkan betapa Allah SWT menghargai jiwa manusia. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya:
Yang bermaksud: “…Janganlah kamu sekalian berbunuh-bunuhan sesama sendiri.  Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mengasihani kamu.”( S. An-Nisaa: 29).
Berdasarkan pengertian ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa perbuatan membunuh jiwa termasuk dalam dosa besar yang bakal menerima azab yang dahsyat. Ini sejajar dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya:
Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal di dalamnya, dan Allah SWT murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (S. An-Nisaa: 93).3
Dalam erti kata yang lain, sama ada berbunuh-bunuhan sesama sendiri atau membunuh diri sendiri seperti terjun dari tempat yang tinggi, menggantung diri, meminum racun, mencederakan diri sendiri dengan senjata yang berbahaya dan sebagainya adalah perbuatan mungkar yang menzalimi diri sendiri.  Maka, walau apa pun alasan dan cara seseorang itu membunuh diri adalah haram hukumnya, dan pelakunya akan kekal di dalam neraka. Ini bertepatan dengan sebuah Hadith daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka tangannya akan menusuk besi itu ke perutnya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Barang siapa yang meminum racun untuk membunuh dirinya, maka dia meneguk racun itu di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Dan barang siapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung untuk membunuh dirinya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya.” (HR Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sendiri pada suatu ketika enggan menyembahyangkan jenazah seorang lelaki Muslim yang mati membunuh diri menggunakan anak panah.
Daripada Jabir Bin SamurahRA, katanya: “Didatangkan kepada Rasulullah SAW satu jenazah seorang pemuda yang mati dengan cara memanahkan dirinya sendiri, lalu Baginda tidak menyembahyangkan jenazah itu.” (HR Muslim).
Ini menunjukkan betapa hinanya perbuatan bunuh diri itu di sisi Islam. Ini dengan sendirinya mengisyaratkan bahawa perbuatan yang terkutuk itu perlu dibendung dan dicegah dengan segala cara yang ada bagi mengelakkannya terus menular dalam masyarakat.

2.0 FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK
Saban hari isu-isu keruntuhan akhlak terutamanya yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan. Secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja ini, secara langsung dan tidak langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang perseorangan dan lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan, soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? 

2.1 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi.  Justeru, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan mereka, ianya secara tidak langsung akan membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara tersebut. Perasaan ingin tahu dan berani mencuba sesuatu yang baru adalah baik untuk remaja, namun apa yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, seperti para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi, perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa yang ingin mereka lakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. 

2.2 Pengaruh Rakan Sebaya
Kawan-kawan menjadi orang yang paling rapat. Kawan yang baik boleh membimbing kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu, sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Pada usia yang masih mentah mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.




2.3 Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini. Tidak semua yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang kurang baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara budaya Barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan yang boleh didapati dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain.
Tambahan pula, di zaman dunia tanpa batasan ini segala informasi boleh didapati dengan mudah hanya dengan melayari internet. Tidak dinafikan internet ini ada kebaikannya tetapi tidak kurang juga banyak keburukannya. Aktiviti penggunaannya tanpa pemantauan boleh mengundang padah.

2.4 Sikap Keluarga
Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Walaupun tidak berlaku kepada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tetapi tidak dipedulikan dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya, keluarga itu seolah-olah telah menetapkan satu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika mempunyai peluang untuk keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka tanpa berfikir panjang.
Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan pula biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada satu peraturan pun atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin seterusnya mengakibatkan mereka mudah terjerumus ke arah pelbagai keruntuhan akhlak.



2.5 Kurang Didikan Agama
Iman dan takwa yang jitu itu adalah pengikat yang berfungsi bagi menghalang seseorang daripada melakukan tingkah laku yang berlaku di luar batasan syarak. Pendidikan agama mempunyai fungsi yang sangat penting sebagai pelindung diri daripada terjerumus kepada pelbagai gejala keruntuhan akhlak. Ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka sejak mereka masih kecil. Ini bagi memberikan anak-anak mereka pengetahuan yang jelas tentang hal-hal berkaitan agama, tentang halal dan haram. Bak kata pepatah melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya..”, maksudnya mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

2.6 Ekonomi
Ekonomi juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak. Manusia pada hari ini adalah manusia yang terlalu mengejar kebendaan di dalam arus kepesatan ekonomi sehingga melupakan tanggungjawab-tanggungjawabnya yang lain. Tangungjawab yang dimaksudkan adalah tanggungjawab kepada Allah, tanggungjawab kepada keluarga, tanggungjawab kepada alam semesta dan tanggungjawab kepada diri sendiri. Disebabkan faktor inilah terjadinya masalah pengabaian kasih saying kepada anak, kepada ibu bapa, dan kepada masyarakat. Anak yang terabai akan lebih mudah terjebak kepada pelbagai masalah keruntuhan akhlak seperti penyalahgunaan dadah, minum arak, zina, merompak, berjudi, lumba haram dan lain-lain lagi.

3.0 KESAN-KESAN KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan akhlak pada masa kini akan mendatangkan impak yang sangat besar kepada masyarakat. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya individu tersebut mempunyai akhlak yang buruk, secara otomatik peribadi individu itu juga turut terjejas. Individu yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

3.1 Kesan Kepada Individu
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu, akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan  dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yang baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu, kebanyakan remaja  pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakannya berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama dalam diri mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.

3.2 Kesan Kepada Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata–kata hikmah yang menyatakan bahawa “rumah itu adalah akar segala-galanya…” Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. 
Antara kesan yang akan berlaku terhadap institusi kekeluargaan ialah:
• Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia. 
• Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam keluarga, mungkin akan mendorong kepada wujudnya penceraian.  
• Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja. 
• Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan lain-lain lagi.

3.3 Kesan Kepada Masyarakat
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang amat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Seandainya masalah ini tidak dibendung dengan segera oleh pihak–pihak tertentu terutamanya pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan akhlak remaja–remaja Islam terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh sebab itu, pihak–pihak atau anasir luar akan cuba mengambil kesempatan  di atas kelemahan bangsa kita sendiri.
Namun begitu, kesan yang paling ketara yang dapat dilihat sekiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah: 
• Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. 
• Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertakhta di hati masyarakat. 
• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. 
• Kadar jenayah di kalangan masyarakat juga akan turut meningkat di mana masalah ini akan menyebabkan kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat. 
• Keharmonian dalam masyarakat sukar untuk diwujudkan.

3.4 Kesan Kepada Negara
Tidak dapat dinafikan bahawa keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan-badan NGO, dan juga masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat.  
Antara kesan yang akan berlaku ialah:
•  Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. 
• Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. 
• Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak. 
• Perbelanjaan kerajaan juga akan turut meningkat akibat berlakunya peningkatan kadar jenayah.
• Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk ke dalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. 
• Sekiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka bangsa lain akan memandang serong terhadap agama yang kita anuti.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK MASA KINI
Gejala keruntuhan akhlak pada masa kini berada pada tahap yang amat membimbangkan. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera akan mendatangkan kemudaratan kepada individu, keluarga, bangsa dan negara. Menangani masalah keruntuhan akhlak merupakan perkara yang seharusnya diberi perhatian secara bersungguh-sungguh. Usaha perlu dilakukan agar masyarakat kita kembali menghayati dan mempraktikkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian mereka. 
Kita jangan mudah menuding jari ke arah sesiapa dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu sahaja dalam menangani masalah keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini. Sebaliknya, semua pihak bertanggungjawab untuk kembali kepada Islam dan mencari penyelesaiannya kerana setiap orang akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak sama ada mereka telah menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka atau pun tidak. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab terhadap sesiapa yang berada di bawah pimpinan kamu.”
Tanggungjawab untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini adalah tanggungjawab semua meliputi setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang mukallaf (akil baligh) mesti berusaha untuk mewujudkan akhlak mulia dalam diri. Ini dapat dihasilkan sekiranya dia memahami tuntutan berakhlak mulia dalam Islam. 


4.1 Peranan Individu
Langkah yang paling penting dan paling utama ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui perbanyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran. Dengan cara ini individu akan merasa rendah diri dan menimbulkan keinsafan dalam diri individu tersebut. Apabila individu merasa lebih dekat dengan Allah SWT, secara tidak langsung mereka akan sentiasa cuba untuk mengelakkan diri daripada melakukan sebarang kemungkaran.
Individu disarankan supaya tidak segan silu untuk berkongsi masalah dengan keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling. Dengan cara ini mungkin dapat meringankan masalah atau beban yang mereka alami. Individu juga boleh meminta dorongan daripada keluarga atau orang-orang yang terdekat dengan mereka.
Pergaulan dengan masyarakat sekeliling boleh meningkatkan keyakinan diri individu di samping merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Ia juga boleh menimbulkan rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka.
Individu perlu menetapkan target atau membina azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti. Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Individu juga perlu sentiasa yakin bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin.
Amalan cara hidup yang sihat juga dapat menghindari diri daripada terjebak kepada gejala keruntuhan akhlak. Lakukan aktiviti sihat seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Lakukan senaman secara sistematik. Amalan pemakanan yang sihat boleh menjamin fizikal dan mental yang berkualiti, seterusnya dapat menghindari diri daripada gejala negative seperti penagihan dadah, minum arak, seks bebas dan sebagainya.

4.2 Peranan Keluarga
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik akhlak anak-anak. Anak-anak perlu dididik sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melayu, “melentur rebung biarlah daripada rebungnya…”. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak mereka didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan mereka terjebak kepada gejala-gejala negatif seperti pengaruh black metal, punk, penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi dan lain-lain lagi.
Ibu bapa berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang supaya mereka tidak terjebak kepada gejala negatif yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dan etika untuk menguruskan masa dengan baik. Mereka harus memberikan perangsang dan galakan yang berterusan kepada anak-anak untuk berjaya.
Ibu bapa yang prihatin akan menyekat kebebasan anak-anak mereka dalam pergaulan, dalam erti kata lain menetapkan batas-batas pergaulan untuk anak-anak mereka. Namun demikian, perlu diselitkan toleransi supaya anak-anak tidak merasa tertekan atau dikongkong. Ibu bapa perlu meluangkan banyak masa untuk anak-anak supaya mereka rasa diambil berat dan disayangi di samping dapat merasai indahnya nikmat berkeluarga. Ibu bapa harus sentiasa berada di sisi anak-anak apabila mereka berada dalam kesusahan dan menjadi rakan pendengar yang setia dan sentiasa bersedia untuk berkongsi masalah yang anak-anak hadapi.

4.3 Peranan Masyarakat
Masyarakat juga mempunyai peranannya yang tersendiri dalam membendung permasalahan akhlak di sesebuah negara. Sewajarnya masyarakat tidak bersikap sambil lewa dan tidak ambil peduli dengan membiarkan pihak yang terlibat terus terumbang-ambing sebaliknya berusaha untuk menangani masalah ini. Bantuan yang perlu dihulurkan bukan setakat berbentuk material, tetapi lebih kepada spiritual dengan memberi semangat dan tunjuk ajar yang terbaik bagi mereka yang bermasalah.

4.4 Institusi Pendidikan
Sekolah juga memainkan peranan yang tersendiri dalam membendung masalah keruntuhan akhlak ini bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, dan pengajian tinggi sama ada awam ataupun swasta. Tanggungjawab seorang pendidik bukan sahaja sekadar menyampaikan ilmu pelajaran tetapi lebih kepada menyemaikan nilai-nilai murni dan mendorong penghayatan kepada semangat Islam dalam erti kata yang sebenar. Maka, sebagai langkah pertama, wajar dimulakan dengan contoh dan teladan yang baik di kalangan para pemimpin masyarakat di negara kita.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar